Autonomi Kesihatan | Proses pemilihan, penempatan kakitangan KKM antara dicadangkan Sarawak

2023-01-08 0

Penurunan kuasa proses pemilihan dan penempatan kakitangan perubatan awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada kerajaan negeri antara komponen yang akan dicadangkan Sarawak kepada kerajaan pusat melalui jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata bagaimanapuan perkara yang dicadangkan dalam tuntutan autonomi kesihatan itu memerlukan perancangan teliti terutama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).